Wednesday, February 16, 2011

salam maulidur rasul.......



15.02.2011 bersamaan 12 rabiul awal
merupakan hari maulidur rasul yg disambut pd taun ini..
tahun ni agak strategik cket trikh nye...
knp???
sbb trikh ni sehari selepas 'valentine day' dan 3ari slpas pemergian arwah...
malam ni kami dak klas dsb5 n bbrpe dak laen buat tahlil utk arwah disamping buat sambutan maulidur rasul umah dak laki....
cik ju n en.halim pom join skli....
ari ni da ari ke3 pmergian arwah....da semakin tenang masing2...
Alhamdulillah.....

ari ni juga merupakan ari kelahiran junjungan besar kita 

NABI MUHAMMAD S.A.W...

disini nak saya ceritakan sedikit ttg latar belakang baginda da n ttg dri baginda...

nama penuh baginda adalah MUHAMMAD bin Abdullah....bermaksud yang terpuji..
lahir pada hari isnin 12 rabiul awal tahun gajah @ sekitar 20 April 570, di Mekkah 
dan wafat pada 8 Jun 632 di Madinah pada usia 62 tahun...
baginda merupakan rasul terakhir dan rasul akhir zaman...
beliau mendapat gelaran AL-AMIN dan AS-SAADIQ oleh org quraisy sebelum kenabian nya kerana peribadinya yang boleh dipercayai dan bercakap benar...
maksud kalimat Shalallaahu 'Alayhi Wasallam (صلى الله عليه و سلم) adalah  "semoga Allah memberi kebahagiaan dan keselamatan kepadanya"



KELUARGA DAN KEPERIBADIAN 

BAGINDA..


ayah baginda bernama Abdullah yang meninggal dalam perjalanan ke Yatsrib, ketika baginda masih dalam kandungan...
ibu baginda iaitu Aminah bt Wahab, meninggal sewaktu baginda berusia 6 taun selepas kembali dari melawat makam ayahnya di madinah..
selepas itu, baginda tinggal bersama datuknya iaitu Abd Mutalib...
dan selepas datuknya meninggal, die tinggal bersama bapa saudaranya iaitu Abu Thalib...
pada masa ini die diberi amanah mengembala kambing disekitar Mekkah...
Ketika Muhammad berumur 35 tahun, ia bersatu dengan orang-orang Quraisy dalam perbaikan Ka'bah. 
Ia pula yang memberi keputusan di antara mereka tentang peletakan Hajar al-Aswad di tempatnya. 
Saat itu ia sangat masyhur di antara kaumnya dengan sifat-sifatnya yang terpuji.
 Kaumnya sangat mencintainya, hingga akhirnya ia memperoleh gelar Al-Amin yang ertinya "orang yang dapat dipercaya".



KERASULAN NABI..


kerasulan Nabi Muhammad adalah pada usia 40 tahun di Gua Hira'. Pada suatu malam sekitar tanggal 17 Ramadhan/ 6 Agustus 611, ketika Muhammad sedang bertafakur di Gua Hira'Malaikat Jibril mendatanginya. Jibril membangkitkannya dan menyampaikan wahyu Allah di telinganya. Ia diminta membaca. Ia menjawab, "Saya tidak bisa membaca". Jibril mengulangi tiga kali meminta agar Muhammad membaca, tetapi jawabannya tetap sama. Akhirnya, Jibril berkata:

Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.(Al-Alaq 96: 1-5)

Ini merupakan wahyu pertama yang diterima oleh Muhammad. Setelah pengalaman luar biasa di Gua Hira tersebut, dengan rasa ketakutan dan cemas Muhammad pulang ke rumah dan berseru pada Khadijah untuk menyelimutinya, kerana ia merasakan suhu tubuhnya panas dan dingin silih berganti. Setelah hal itu lewat, ia menceritakan pengalamannya kepada isterinya.

Untuk lebih menenangkan hati suaminya, Khadijah mengajak Muhammad berjumpa saudara sepupunya, iaitu Waraqah bin Naufal, yang banyak mengetahui tentang nabi terakhir dari kitab-kitab suci Kristen dan Yahudi. Mendengar cerita yang dialami Muhammad, Waraqah pun berkata, bahwa ia telah dipilih oleh Tuhan menjadi seorang nabi. Kemudian Waraqah menyebutkan bahwa An-Nâmûs al-Akbar (Malaikat Jibril) telah datang kepadanya, kaumnya akan mengatakan bahwa ia seorang penipu, mereka akan memusuhi dan melawannya.
Wahyu turun kepadanya secara berangsur-angsur dalam jangka waktu 23 tahun. Wahyu tersebut telah diturunkan menurut urutan yang diberikan Muhammad, dan dikumpulkan dalam kitab bernama Al Mushaf yang juga dinamakan Al- Qurʾān (bacaan). Kebanyakan ayat-ayatnya mempunyai erti yang jelas, sedangkan sebagiannya diterjemahkan dan dihubungkan dengan ayat-ayat yang lain. Sebahagian ayat-ayat ada pula yang diterjemahkan oleh Muhammad sendiri melalui percakapan, tindakan dan persetujuannya, yang terkenal dengan nama As-Sunnah. Al-Quran dan As-Sunnah digabungkan bersama merupakan panduan dan cara hidup bagi "mereka yang menyerahkan diri kepada Allah", iaitu penganut agama Islam.




MUKJIZAT


Seperti nabi dan rasul sebelumnya, Muhammad diberikan irhasat (pertanda) akan datangnya seorang nabi, seperti yang diyakini oleh umat Muslim telah dikisahkan dalam beberapan kitab suci ajaran samawi, kemudian dikisahkan pula terjadi pertanda pada masa didalam kandungan, masa kecil dan remaja. Kemudian Muhammad diyakini diberikan mukjizat selama kenabiannya.
Dalam syariat Islam, mukjizat terbesar Muhammad adalah Al-Qur'an, karena pada masa itu bangsa Arab memiliki kebudayaan sastrayang cukup tinggi dan Muhammad sendiri adalah orang yang buta huruf, yang diyakini oleh umat muslim mustahil dikarang olehnya. Selain itu, Muhammad juga diyakini pula oleh umat Islam pernah membelah bulan pada masa penyebaran Islam di Mekkah dan melakukan Isra dan Mi'raj dalam waktu tidak sampai satu hari. Kemampuan lain yang dimiliki Muhammad adalah kecerdasannya mengenai ilmu ketauhidan.


hurm...begitulah serba sedikit dapat saya ceritakan ttg baginda...
sesungguhnya baginda merupakn kekasih yang paling ALLAH cintai...
RASULULLAH juga sayang pada umatnya kerana disaat akhir nafasnya apa yang disebut oleh baginda adalah "UMATI,UMATI,UMATI"...yang bermaksud 'UMATKU"..
wajarkah kita sebagai umatnye melupakan baginda sedangkan disaat ajalnya,hanya kita sebagai umatnya yang diingat???
hope lpas ni kite mampu berubah n menjadi umatnya dalam erti kata sebenar...
kerana baginda mampu memberi syafaat kepada kita....

sallallahuala Muhammad, sallallahualaiwassalam....
MUHAMMAD YA HABIBALLAH.....

semoga kita terus mencintai kekasih Allah ini dengan seikhlas hati...
dan semoga kite mendapat syafaat pada hari akhirat...insya ALLAH...


tempatkan baginda ditempat yang telah Kau janjikan Ya Allah.....
amin...
salam maulidur rasul buat semua...




LinkWithin

(^_^)