Monday, February 21, 2011

Shisha 450 Kali Lebih Bahaya Dari Rokok!



Ramai tidak menyedari bahaya shisha.
SHISHA, antara sedar atau tidak, dianggap trend atau kecenderungan yang semakin menular sekarang. Di Malaysia, penggunaan shisha semakin popular di kota metropolitan yang sentiasa menyaksikan drama kehidupan muda-mudi dengan gaya hidup bebas baik lelaki mahupun wanita.
Secara am, shisha menjadi antara pilihan masyarakat bandar untuk melepaskan tekanan sambil santai. Sedangkan ia bukan gaya yang positif, tambahan pula apabila golongan remaja termasuk wanita turut terbabit. Shisha lebih bahaya berbanding rokok dari pelbagai segi.
Walaupun wujud persepsi buruk terhadap penggunaan shisha dalam kalangan masyarakat umum, segelintir orang masih ketagih dengan amalan popular dari Asia Barat ini. Kemunculan shisha masih baru di negara ini, namun pengaruhnya cukup menakjubkan.
Ramai menyatakan ia lebih selamat daripada merokok, tetapi ia tidak wajar sama sekali kerana kandungan asas bagi rokok dan shisha adalah sama, iaitu tembakau. Tembakau yang digunakan untuk rokok diasapkan terlebih dulu sementara tembakau yang digunakan untuk shisha diperam.
Air dalam shisha tidak dapat menapis banyak jenis toksin dalam asap shisha. Shisha juga mengandungi nikotin, karbon monoksida dan lain-lain bahan seperti rokok biasa. Bahkan arang yang digunakan mendap dalam salur pernafasan dan meningkatkan masalah paru-paru kepada lebih teruk berbanding rokok biasa yang juga berbahaya dari segi bahan pengawet digunakan untuk mengawet dan merawat tembakau dalam rokok.
Bagi mereka yang menghisap shisha di kedai kopi, perkongsian paip shisha mendedahkan mereka kepada bahaya lain seperti penyakit yang merebak melalui air liur. Penyakit yang biasa kita dengar, berjangkit akibat berkongsi shisha adalah TB. Tidak hairanlah jika kes TB di Mesir menjadi satu kebiasaan di semua hospital. selain itu ia berpotensi untuk terkena penyakit kanser asophagus dan kanser mulut.
Kerajaan tidak putus asa berkempen mengurangkan jumlah perokok. Belum sembuh mengenai rokok wujud pula shisha yang lebih berat padahnya. Gejala ini terpulang kepada masyarakat untuk menilainya. Kita perlulah membuat pilihan bijak bagi menjamin tahap kesihatan diri sendiri.
Malaysia menantikan generasi masa hadapan yang lebih berpandangan jauh dan seiring dengan peredaran zaman, tetapi bukan bermaksud ke arah yang negatif. Tiada siapa dapat mengubah tingkah laku ini, melainkan diri sendiri. Janganlah biarkan negara kita mundur dek gejala ini.

Soal: Apa hukum menghisap shisha? Adakah hukumnya sama dengan hukum merokok? Adakah shisha dan rokok termasuk dalam dadah yang diharamkan?
 
Jawab: Menghisap shisha dan rokok dan segala jenis-jenisnya termasuk dalam perkara-perkara yang diharamkan kerana kedua-duanya mengandungi kemudaratan yang banyak. Pakar-pakar perubatan telah menjelaskan kesan-kesan buruk kedua-dua perkara tersebut (hisap shisha dan rokok). Sesungguhnya Allah swt telah mengharamkan ke atas orang Islam melakukan sesuatu yang memudaratkan mereka. Oleh itu adalah wajib bagi mereka yang menghisap shisha atau rokok supaya berhenti dan berwaspada daripada perbuatan tersebut kerana firman Allah swt
 
يسئلونك ماذا أُحل لهم قل أُحل لكم الطيبات 
 
Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu (Muhamad), "Apakah yang dihalalkan bagi mereka"? Katakanlah, "Yang dihalalkan bagi kamu adalah yang baik-baik. (al-Maidah: 4)
 
Dan firmannya lagi:
 
ويحل لهم الطيبات ويحرم عليهم الخبائث
 
Maksudnya: Dan dia (Muhamad) yang menghalalkan segala yang baik bagi mereka dan mengharamkan segala yang buruk bagi mereka. (al-A'raf: 157)
 
Dan kesemua jenis rokok dan shisha termasuk dalam perkara buruk yang memudaratkan manusia. Maka kesemua jenis rokok dan shisha adalah haram berdasar dengan dua ayat al-Quran di atas apabila diperhati maksud kedua-duanya. Kita memohon kepada Allah swt memberi petunjuk kepada orang Islam mengenai apa yang baik dan yang dapat menyelamatkan mereka. Juga memohon agar Allah melindungi mereka daripada perkara-perkara yang memudaratkan mereka di dunia dan akhirat. Sesungguhnya Dia adalah sebaik-baik tempat memohon.



Senarai Kod Emulsifier Lemak Bab1

  




assalamualaikum.....

sbnrnye aku nk post blog pasal kod lemak bab1 nie sbb ad sum1 yg tnya aku sal ni..xbyk yg boley aku cterkan sal ni sbb aku sdri pom blom kaji sepenuhnya lg.....makanan yang biasa diimport lebih berpotensi mengandungi kndgn lemak bab1 dlm satu2 produk tu..sebagai contoh coklat "CADBURY", KEK APPOLO, TWISTIES, MAMEE SLURPPP and etc...ada gak mengandungi EMULSIFIER..pandai tol musuh ISLAM menggunakan helah secara halus untuk menghancurkan umat ISLAM di muka bumi nie..perbuatan mereka nie teramat-amat keji..semoga mereka dilaknati Allah SWT..

Berikut merupakan senarai kod lemak bab1 :-

E 100 
E 110
E 120
E 140
E 141
E 153
E 160
E 161
E 210
E 213
E 214
E 216
E 234
E 252
E 270
E 280
E 300
E 301
E 325
E 326
E 327
E 334
E 335
E 336
E 337
E 422
E 430
E 431
E 432
E 433
E 434
E 435
E 436
E 440
E 441
E 470
E 471
E 472
E 473
E 474
E 475
E 476
E 477
E 478
E 481
E 482
E 483
E 491
E 492
E 493
E 494
E 495
E 542
E 570
E 572
E 631
E 635
E 904
E 920



CADBURY






Kek lapis APOLLO


twisties

mamee slrrrrp!







Hurm......berhati2 la ble memilih makanan...
tgk btol2 ingredient makanan 2...
mencari ssuatu yang halal adalah yg wajib utk sumer umat islam...
renung-renungkanla n selamat beramal.....
....(^_^)...









LinkWithin

(^_^)