Saturday, August 13, 2011

pesanan terakhir Rasulullah s.a.w




assalamualaikum.......

hurm kli ni ad peluang lagi nk update blog...Alhamdulillah....aku nk berkongsi satu cerita dengan sume pembaca....untuk renungan bersama sempena bulan Ramadhan yang mulia ni...cerita ni sebenarnya ad orang yang suh aku baca....jadi xsalah untuk aku kongsikan pada sume.....sesamala kita baca dan hayati cerita ini....




Diriwayatkan bahawa surah Al-Maaidah ayat 3 diturunkan pada sesudah waktu asar iaitu pada hari Jumaat di padang Arafah pada musim haji penghabisan [Wada'].

Pada masa itu Rasulullah SAW berada di Arafah di atas unta. Ketika ayat ini turun Rasulullah SAW tidak begitu jelas penerimaannya untuk mengingati isi dan makna yang terkandung dalam ayat tersebut. Kemudian Rasulullah SAW bersandar pada unta beliau, dan unta beliau pun duduk perlahan-lahan. Setelah itu turun malaikat Jibril AS dan berkata:


"Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah SWT dan demikian juga apa yang terlarang olehnya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahawa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu."


Setelah Malaikat Jibril AS pergi maka Rasulullah SAW pun berangkat ke Mekah dan terus pergi ke Madinah.Setelah Rasulullah SAW mengumpulkan para sahabat beliau, maka Rasulullah SAW pun menceritakan apa yang telah diberitahu oleh malaikat Jibril AS. Apabila para sahabat mendengar hal yang demikian maka mereka pun gembira sambil berkata:


"Agama kita telah sempurna. Agama kila telah sempurna."


Apabila Abu Bakar ra. mendengar keterangan Rasulullah SAW itu, maka ia tidak dapat menahan kesedihannya maka ia pun kembali ke rumah lalu mengunci pintu dan menangis sekuat-kuatnya. Abu Bakar ra. menangis dari pagi hingga ke malam. Kisah tentang Abu Bakar ra. menangis telah sampai kepada para sahabat yang lain, maka berkumpullah para sahabat di depan rumah Abu Bakar ra. dan mereka berkata: "Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat kamu menangis sehingga begini sekali keadaanmu? Seharusnya kamu merasa gembira sebab agama kita telah sempuma." Mendengarkan pertanyaan dari para sahabat maka Abu Bakar ra. pun berkata, "Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa kamu, tidakkah kamu tahu bahawa apabila sesualu perkara itu telah sempuma maka akan kelihatanlah akan kekurangannya. Dengan turunnya ayat tersebut bahawa ia menunjukkan perpisahan kita dengan Rasulullah SAW. Hasan dan Husin menjadi yatim dan para isteri nabi menjadi janda."


Selelah mereka mendengar penjelasan dari Abu Bakar ra. maka sadarlah mereka akan kebenaran kata-kata Abu Bakar ra., lalu mereka menangis dengan sekuat-kuatnya. Tangisan mereka telah didengar oleh para sahabat yang lain, maka mereka pun terus memberitahu Rasulullah SAW tentang apa yang mereka lihat itu. Berkata salah seorang dari para sahabat, "Ya Rasulullah SAW, kami baru kembali dari rumah Abu Bakar ra. dan kami dapati banyak orang menangis dengan suara yang kuat di depan rumah beliau." Apabila Rasulullah SAW mendengar keterangan dari para sahabat, maka berubahlah muka Rasulullah SAW dan dengan bergegas beliau menuju ke rumah Abu Bakar ra.. Setelah Rasulullah SAW sampai di rumah Abu Bakar ra. maka Rasulullah SAW melihat kesemua mereka yang menangis dan bertanya, "Wahai para sahabatku, kenapakah kamu semua menangis?." Kemudian Ali ra. berkata, "Ya Rasulullah SAW, Abu Bakar ra. mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa tanda bahawa waktu wafatmu telah dekat. Adakah ini benar ya Rasulullah?." Lalu Rasulullah SAW berkata:"Semua yang dikatakan oleh Abu Bakar ra. adalah benar, dan sesungguhnya waktu untuk aku meninggalkan kamu semua telah dekat".


Setelah Abu Bakar ra. mendengar pengakuan Rasulullah SAW, maka ia pun menangis sekuat tenaganya sehingga ia jatuh pengsan. Sementara 'Ukasyah ra. berkata kepada Rasulullah SAW, 'Ya Rasulullah, waktu itu anda pukul pada tulang rusuk saya. Oleh itu saya hendak tahu apakah anda sengaja memukul saya atau hendak memukul unta baginda." Rasulullah SAW berkata: "Wahai 'Ukasyah, Rasulullah SAW sengaja memukul kamu." Kemudian Rasulullah SAW berkata kepada Bilal ra., "Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah Fathimah dan ambilkan tongkatku ke mari." Bilal keluar dari masjid menuju ke rumah Fathimah sambil meletakkan tangannya di atas kepala dengan berkata,"Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk dibalas [diqishash]."


Setelah Bilal sampai di rumah Fathimah maka Bilal pun memberi salam dan mengetuk pintu. Kemudian Fathimah ra. menyahut dengan berkata:"Siapakah di pintu?." Lalu Bilal ra. berkata: "Saya Bilal, saya telah diperintahkan oleh Rasulullah SAW unluk mengambil tongkat beliau."Kemudian Fathimah ra. berkata: "Wahai Bilal, untuk apa ayahku minta tongkatnya." Berkata Bilal ra.: "Wahai Fathimah, Rasulullah SAW telah menyediakan dirinya untuk diqishash." Bertanya Fathimah ra. lagi: "Wahai Bilal, siapakah manusia yang sampai hatinya untuk menqishash Rasulullah SAW?" Bilal ra. tidak menjawab perlanyaan Fathimah ra., Setelah Fathimah ra. memberikan tongkat tersebut, maka Bilal pun membawa tongkat itu kepada Rasulullah SAW Setelah Rasulullah SAW menerima tongkat tersebut dari Bilal ra. maka beliau pun menyerahkan kepada 'Ukasyah.


Melihatkan hal yang demikian maka Abu Bakar ra. dan Umar ra. tampil ke depan sambil berkata: "Wahai 'Ukasyah, janganlah kamu qishash baginda SAW tetapi kamu qishashlah kami berdua." Apabila Rasulullah SAW mendengar kata-kata Abu Bakar ra. dan Umar ra. maka dengan segera beliau berkata: "Wahai Abu Bakar, Umar dudukiah kamu berdua, sesungguhnya Allah SWT telah menetapkan tempatnya untuk kamu berdua." Kemudian Ali ra. bangun, lalu berkata, "Wahai 'Ukasyah! Aku adalah orang yang senantiasa berada di samping Rasulullah SAW oleh itu kamu pukullah aku dan janganlah kamu menqishash Rasulullah SAW" Lalu Rasultillah SAW berkata, "Wahai Ali duduklah kamu, sesungguhnya Allah SWT telah menetapkan tempatmu dan mengetahui isi hatimu." Setelah itu Hasan dan Husin bangun dengan berkata: "Wahai 'Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahawa kami ini adalah cucu Rasulullah SAW, kalau kamu menqishash kami sama dengan kamu menqishash Rasulullah SAW" Mendengar kata-kata cucunya Rasulullah SAW pun berkata, "Wahai buah hatiku duduklah kamu berdua." Berkata Rasulullah SAW "Wahai 'Ukasyah pukullah saya kalau kamu hendak memukul."


Kemudian 'Ukasyah berkata: "Ya Rasulullah SAW, anda telah memukul saya sewaktu saya tidak memakai baju." Maka Rasulullah SAW pun membuka baju. Setelah Rasulullah SAW membuka baju maka menangislah semua yang hadir. Setelah 'Ukasyah melihat tubuh Rasulullah SAW maka ia pun mencium beliau dan berkata, "Saya tebus anda dengan jiwa saya ya Rasulullah SAW, siapakah yang sanggup memukul anda. Saya melakukan begini adalah sebab saya ingin menyentuh badan anda yang dimuliakan oleh Allah SWT dengan badan saya. Dan Allah SWT menjaga saya dari neraka dengan kehormatanmu." Kemudian Rasulullah SAW berkata, "Dengarlah kamu sekalian, sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga, inilah orangnya." Kemudian semua para jemaah bersalam-salaman atas kegembiraan mereka terhadap peristiwa yang sangat genting itu. Setelah itu para jemaah pun berkata, "Wahai 'Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar bagimu, engkau telah memperolehi darjat yang tinggi dan bertemankan Rasulullah SAW di dalam syurga."


Apabila ajal Rasulullah SAW makin dekat maka beliau pun memanggil para sahabat ke rumah Aisyah ra. dan beliau berkata: "Selamat datang kamu semua semoga Allah SWT mengasihi kamu semua, saya berwasiat kepada kamu semua agar kamu semua bertaqwa kepada Allah SWT dan mentaati segala perintahnya. Sesungguhnya hari perpisahan antara saya dengan kamu semua hampir dekat, dan dekat pula saat kembalinya seorang hamba kepada Allah SWT dan menempatkannya di syurga. Kalau telah sampai ajalku maka hendaklah Ali yang memandikanku, Fadhl bin Abbas hendaklah menuangkan air dan Usamah bin Zaid hendaklah menolong keduanya. Setelah itu kamu kafanilah aku dengan pakaianku sendiri apabila kamu semua menghendaki, atau kafanilah aku dengan kain yaman yang putih. Apabila kamu memandikan aku, maka hendaklah kamu letakkan aku di atas balai tempat tidurku dalam rumahku ini. Setelah itu kamu semua keluarlah sebentar meninggalkan aku. Pertama yang akan mensolatkan aku ialah Allah SWT, kemudian yang akan mensolat aku ialah Jibril AS, kemudian diikuti oleh malaikat Israfil, malaikat Mikail, dan yang akhir sekali malaikat lzrail berserta dengan semua para pembantunya. Setelah itu baru kamu semua masuk bergantian secara berkelompok bersolat ke atasku."


Setelah para sahabat mendengar ucapan yang sungguh menyayat hati itu maka mereka pun menangis dengan nada yang keras dan berkata, "Ya Rasulullah SAW anda adalah seorang Rasul yang diutus kepada kami dan untuk semua, yang mana selama ini anda memberi kekuatan dalam penemuan kami dan sebagai penguasa yang menguruskan perkara kami. Apabila anda sudah tiada nanti kepada siapakah akan kami tanya setiap persoalan yang timbul nanti?." Kemudian Rasulullah SAW berkata, "Dengarlah para sahabatku, aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang, dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua dua penasihat yang satu daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi diam saja. Yang pandai bicara itu ialah Al-Quran dan yang diam itu ialah maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada Al-Quran dan Hadis-ku dan sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutkan dia dengan mengambil pelajaran dari mati."


Setelah Rasulullah SAW berkata demikian, maka sakit Rasulullah SAW bermula. Dalam bulan safar Rasulullah SAW sakit selama 18 hari dan sering diziaiahi oleh para sahabat. Dalam sebuah kitab diterangkan bahawa Rasulullah SAW diutus pada hari Senin dan wafat pada hari Senin. Pada hari Senin penyakit Rasulullah SAW bertambah berat, setelah Bilal ra. menyelesaikan azan subuh, maka Bilal ra. pun pergi ke rumah Rasulullah SAW. Sesampainya Bilal ra. di rumah Rasulullah SAW maka Bilal ra. pun memberi salam, "Assalaarnualaika ya rasulullah." Lalu dijawab oleh Fathimah ra., "Rasulullah SAW masih sibuk dengan urusan beliau." Setelah Bilal ra. mendengar penjelasan dari Fathimah ra. maka Bilal ra. pun kembali ke masjid tanpa memahami kata-kata Fathimah ra. itu. Apabila waktu subuh hampir hendak lupus, lalu Bilal pergi sekali lagi ke rumah Rasulullah SAW dan memberi salam seperti permulaan tadi, kali ini salam Bilal ra. telah di dengar oleh Rasulullah SAW dan baginda berkata, "Masuklah wahai Bilal, sesungguhnya penyakitku ini semakin berat, oleh itu kamu suruhlah Abu Bakar mengimamkan solat subuh berjemaah dengan mereka yang hadir." Setelah mendengar kata-kata Rasulullah SAW maka Bilal ra. pun berjalan menuju ke masjid sambil meletakkan tangan di atas kepala dengan berkata: "Aduh musibah."


Setelah Bilal ra. sarnpai di masjid maka Bilal ra. pun memberitahu Abu Bakar tentang apa yang telah Rasulullah SAW katakan kepadanya. Abu Bakar ra. tidak dapat menahan dirinya apabila ia melihat mimbar kosong maka dengan suara yang keras Abu Bakar ra. menangis sehingga ia jatuh pingsan. Melihatkan peristiwa ini maka riuh rendah tangisan sahabat dalam masjid, sehingga Rasulullah SAW bertanya kepada Fathimah ra.; "Wahai Fathimah apakah yang telah berlaku?." Maka Fathimah ra. pun berkata: "Kekecohan kaum muslimin, sebab anda tidak pergi ke masjid." Kemudian Rasulullah SAW memanggil Ali ra. dan Fadhl bin Abas ra., lalu Rasulullah SAW bersandar kepada kedua mereka dan terus pergi ke masjid. Setelah Rasulullah SAW sampai di masjid maka beliau pun bersolat subuh bersama dengan para jemaah.


Setelah selesai solat subuh maka Rasulullah SAW pun berkata, "Wahai kaum muslimin, kamu semua senantiasa dalam pertolongan dan pemeliharaan Allah, oleh itu hendaklah kamu semua bertaqwa kepada Allah SWT dan mengerjakan segala perintahnya. Sesungguhnya aku akan meninggalkan dunia ini dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama aku di akhirat dan hari terakhir aku di dunia." Setelah berkata demikian maka Rasulullah SAW pun pulang ke rumah beliau. Kemudian Allah SWT mewahyukan kepada malaikat lzrail AS, "Wahai lzrail, pergilah kamu kepada kekasihku dengan sebaik-baik rupa, dan apabila kamu hendak mencabut ruhnya maka hendaklah kamu melakukan dengan cara yang paling lembut sekali. Apabila kamu pergi ke rumahnya maka minta izinlah lerlebih dahulu, kalau ia izinkan kamu masuk, maka masukilah kamu ke rumahnya dan kalau ia tidak mengizinkan kamu masuk maka hendaklah kamu kembali padaku."


Setelah malaikat lzrail mendapat perintah dari Allah SWT maka malaikal lzrail pun turun dengan menyerupai orang Arab Badwi. Setelah malaikat lzrail sampai di depan rumah Rasulullah SAW maka ia pun memberi salam, "Assalaamu alaikum yaa ahla baitin nubuwwati wa ma danir risaalati a adkhulu?" (Mudah-mudahan keselamatan tetap untuk kamu semua sekalian, wahai penghuni rumah nabi dan sumber risaalah, bolehkan saya masuk?) Apabila Fathimah mendengar orang memberi salam maka ia-pun berkata; "Wahai hamba Allah, Rasulullah SAW sedang sibuk sebab sakitnya yang semakin berat." Kemudian malaikat lzrail berkata lagi seperti dipermulaannya, dan kali ini seruan malaikat itu telah didengar oleh Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW bertanya kepada Fathimah ra., "Wahai Fathimah, siapakah di depan pintu itu." Maka Fathimah ra. pun berkata, "Ya Rasulullah, ada seorang Arab badwi memanggil mu, dan aku telah katakan kepadanya bahawa anda sedang sibuk sebab sakit, sebaliknya dia memandang saya dengan tajam sehingga terasa menggigil badan saya." Kemudian Rasulullah SAW berkata; "Wahai Fathimah, tahukah kamu siapakah orang itu?." Jawab Fathimah,"Tidak ayah." "Dia adalah malaikat lzrail, malaikat yang akan memutuskan segala macam nafsu syahwat yang memisahkan perkumpulan-perkumpulan dan yang memusnahkan semua rumah serta meramaikan kubur." Fathimah ra. tidak dapat menahan air matanya lagi setelah mengetahui bahawa saat perpisahan dengan ayahandanya akan berakhir, dia menangis sepuas-puasnya. Apabila Rasulullah SAW mendengar tangisan Falimah ra. maka beliau pun berkata: "Janganlah kamu menangis wahai Fathimah, engkaulah orang yang pertama dalam keluargaku akan bertemu dengan aku." Kemudian Rasulullah SAW pun mengizinkan malaikat lzrail masuk. Maka malaikat lzrail pun masuk dengan mengucap, "Assalamuaalaikum ya Rasulullah." Lalu Rasulullah SAW menjawab: "Wa alaikas saalamu, wahai lzrail engkau datang menziarahi aku atau untuk mencabut ruhku?" Maka berkata malaikat lzrail: "Kedatangan saya adalah untuk menziarahimu dan untuk mencabut ruhmu, itupun kalau engkau izinkan, kalau engkau tidak izinkan maka aku akan kembali." Berkata Rasulullah SAW, "Wahai lzrail, di manakah kamu tinggalkan Jibril?" Berkata lzrail: "Saya tinggalkan Jibril di langit dunia, para malaikat sedang memuliakan dia." Tidak beberapa lama kemudian Jibril AS pun turun dan duduk di dekat kepala Rasulullah SAW.


Apabila Rasulullah SAW melihat kedatangan Jibril AS maka Rasulullah SAW pun berkata: "Wahai Jibril, tahukah kamu bahawa ajalku sudah dekat" Berkata Jibril AS, "Ya aku tahu." Rasulullah SAW bertanya lagi, "Wahai Jibril, beritahu kepadaku kemuliaan yang menggembirakan aku disisi Allah SWT" Berkata Jibril AS, "Sesungguhnya semua pintu langit telah dibuka, para malaikat bersusun rapi menanti ruhmu dilangit. Kesemua pintu-pintu syurga telah dibuka, dan kesemua bidadari sudah berhias menanti kehadiran ruhmu." Berkata Rasulullah SAW: "Alhamdulillah, sekarang kamu katakan pula tentang umatku di hari kiamat nanti." Berkata Jibril AS, "Allah SWT telah berfirman yang bermaksud,


"Sesungguhnya aku telah melarang semua para nabi masuk ke dalam syurga sebelum engkau masuk terlebih dahulu, dan aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umatmu memasuki syurga."


Berkata Rasulullah SAW: "Sekarang aku telah puas hati dan telah hilang rasa susahku." Kemudian Rasulullah SAW berkata: "Wahai lzrail, mendekatlah kamu kepadaku." Selelah itu Malaikat lzrail pun memulai tugasnya, apabila ruh beliau sampai pada pusat, maka Rasulullah SAW pun berkata: "Wahai Jibril, alangkah dahsyatnya rasa mati." Jibril AS mengalihkan pandangan dari Rasulullah SAW apabila mendengar kata-kata beliau itu. Melihatkan telatah Jibril AS itu maka Rasulullah SAW pun berkata: "Wahai Jibril, apakah kamu tidak suka melihat wajahku?" Jibril AS berkata: "Wahai kekasih Allah, siapakah orang yang sanggup melihat wajahmu dikala kamu dalam sakaratul maut?" Anas bin Malik ra. berkata: "Apabila ruh Rasulullah SAW telah sampai di dada beliau telah bersabda,


"Aku wasiatkan kepada kamu agar kamu semua menjaga solat dan apa-apa yang telah diperintahkan ke atasmu."

Ali ra. berkata: "Sesungguhnya Rasulullah SAW ketika menjelang saat-saat terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali, dan saya meletakkan telinga, saya dengan Rasulullah SAW berkata: "Umatku, umatku." Telah bersabda Rasulullah SAW bahawa: "Malaikat Jibril AS telah berkata kepadaku; "Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan sebuah laut di belakang gunung Qaf, dan di laut itu terdapat ikan yang selalu membaca selawat untukmu, kalau sesiapa yang mengambil seekor ikan dari laut tersebut maka akan lumpuhlah kedua belah tangannya dan ikan tersebut akan menjadi batu."





begitu la sedikit sebanyak perkongsian kisah Rasulullah di akhir hayat Baginda...mulianya akhlak baginda tiada bandingan nye..mulianya hayat baginda dari didunia hingga k alam akhirat....perginya kekasih ALLAH yang satu ini pasti nya dirindui oleh orang-orang yang beriman...sesungguhnya tulus ingatan seorang Rasul pada umatnye terlalu tulus....adakah kita sebagai umatnye pernah merindui dan menyayangi Baginda sebagaimana Baginda???renung2 kan la......




p/s : selawat dan salam kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W....






nurkilan dari nabihah





Monday, August 8, 2011

design and measured drawing...design or measured drawing???



assalamualaikum.......
salam sejahtera buat semua....da lame x update blog...hurm..ramai yang da kte bersawang tp hakikat nya x i tau...hehe...
kekadang bila org kte 'blog kamoo da bersawang bila nk update' terfikir juga oleh kepala hotak gler2 aku ni..mcam mane lau ttbe aku msuk blog then ttbe nmpak pnuh spider web???oh..tidak!!!!hahaha.........sory2 imaginasi dak seni ni kuat cket.....maklum la sume bnda nk gne imaginasi sendri.....hehe
sebenarnya aku xtau nk tlis ape cume dr smlm ak terfikir utk update blog tp idea kering la...sbb sume da kne sedut k design...arrgghhhhhhh......................lg2 design.....
ape boley buat 2 jer sbjek wajib lam kos aku ni.....sem lps 4 jam kredit,sem ni 7jam kredit......Ya Allah...kkadang terasa membebankan jugak tambahan pula sem ni 1 ag killer subject that is measured drawing, 3 jam kredit......mase sem 3 design n working drawing, 2 pom da terasa beratnya.....tp sem ni ag berat upenye beban.....mklumla da sem last kn,insya Allah......Ya Allah,hope aku mampu lepasi sem ni dengan jayanya...amin....

balik kpd tjuk utama....ape itu design???
design sperti sesetengah org yg da tau, 1 subject yang memerlukan kreativiti sendri untuk membuat bangunan atau pape jer jenis binaan yang memerlukan kajian secara terperinci dan lukisan kerja....like area of site,function of building, space in building, environment, site analysis and what so ever....no tiru2 tapi boley copy2..hehe.....xla,lau nk amek idea cket2 xpe tp xley copy sume......antara yang selalu menjadi case study untuk design, bangunan yang gler2 kt overseas....kt sne da berzman ad, kt mlaysia ane ad ag......2 la hakikatnye negara malaysia lau dibandingkan dengan negara maju yang lain..faktor pertama adalah kekangan kewangan dan tapak, faktor kedua faktor iklim dan klimatologi di malaysia dan faktor ketiga adalah requirement UBBL..2 yang mnyukarkan membina weird building kt malaysia ni....rmai architect yang pemes kt overseas terutamanya 4 master builder yang pling top la smpai skang...tapi paling best building yang architect oversea ni, bukan master builder k...cme pemes architect, nme Fred and Ginger...diorang ni architect zaman diconstruction atau lebih dikenali dicon, zaman ni bangunan die lebih kepada bergaya bebas seperti berombak, menari dan bukan lurus jer.....haha....sejarah mse sem2 msih igt ag....kre power gk r kpla aku ni...hehe....jom tgk building diorg....


gler kn??gmpak der.....nme die dancing building.....

buat adik2 yang nk amek historical of architecture sem ni...
klik jer link ni utk tau lbey byk ttg zaman dicon ni...

http://www.historiasztuki.com.pl/72_ARCHWSP_4-eng.html


or lau nk tgk lg byk bangunan yg gmpak2 sbgai case study haa.......klik lmn web ni...

http://www.instantshift.com/2009/02/19/80-strange-and-fantastic-buildings-architecture/

tapi aku skang da abez da zman nk knl dunia architect ni, skang da msuk cara cane nk jadik architect....wahh...bnyi cm best tp pressure hnya Allah yang tau.....sem ni projek ak adalah..


nk tau prizes die?? search disini....


jgn terkejut n sesape yang berminat boleh la sertai.....(^_^)

claz aku pnyer option adalah library or education center for handicap...plihan aku adalah library sbb mls nk pk sal requirement utk handicap person ag, education center ag....tapela ap pom choice janji boleh lakukan...
tapi itu la yang menjadi masalah....proses design......dari site analysis k site plan pstu k bubble diagram ph2 diagramatik layout ph2 floor plan....blom msuk proses len ag...adeh....tapi da smkin pressure ase.....sbb nye fkus kne dibahagi 2 dengan measured drawing....sme2 susah, ttpi kkdang lebih byk pd measured drawing sebenarnye.... ak xley nk tnjukkan drawing design ak sbb blom dibuat dalam 3d ag......so wait n c ea...di akhir sem or lps 2 sept....aku xksh pom dpt x award 2 cme ak joint pom sbb 2 task ak utk projek sem6.......


ape itu measured drawing???hurm....1 subject yang memerlukan komitmen dalam mengkaji rumah lama,rumah yang ada nilai estetika yang menarik dan nilai sejarah yang tersendiri....susah sgt sbb kaji rumah lama dan ukur sekali every single part of the house. ni kje in group la......yang lebih tertekan group aku dapat tajaan dari Badan Warisan Malaysia dengan penganugerahan...bukan tajaan 2 yang jadi masalah, requirement die 2 yang buat kami btol2 pressure.......


boleh dilihat di link ni......


...tajaan untuk completekn research and drawing......rumah yang dipilih adalah Rumah Cina Peranakan Kelantan. sebenarnya subjek ni quite interesting  tapi tekanan kerja yang membuat hilang rse seronok 2....faktor utama adalah lecturer yang terlalu tegas n faktor kdua adalah  requirement dari Badan Warisan Malaysia itu sendiri....tambahan pula aku adalah editor utk report,lagi la tertekan....mane nk kejar design, mane nk kejar measured drawing, 2 blom sbjek len lagi, ngn tidur nye xckup..ntah la..nk tgk rumah pernakan cina 2??search link ni........


xmenarik lau dari pandangan luar tapi yang menarik element didalam rumah dan sejarah rumah....rumah ni da berusia 200 tahun lebih..da berpindah dari seberang sungai kelantan dengan menaiki perahu jer..banyak lagi cter menarik tapi xlarat da rse nye nk menaip....kje byk ag..hehe...pape pom, rumah ni agk mnyeramkan sbb da ditinggalkan selama 7 taun....sini la tmpat yang selalu men kjar-kjar ngn anjing....yg 2 sbnrnye lg mnyeramkan...nggeeee......



Design and measured drawing, design or measured drawing??ape maknenye??maksudnye, kadang2 aku ni  terfikir jgk amek design dan measured drawing but nk amek design saje atau measured drawing sahaja....baru permulaan tapi ujian nya cukup hebat..pressure sem ni lagi hebat dari sem2 sebelum ni.tambahan pula dengan sikap lecturer cam 2,lau tempat lain student yang berebut lecturer tapi kls aku lecturer yang berebut student, nk wt cne sume nk suh completekan kje cepat..lau la diberi peluang utk meluah perasaan, nk jer aku cakap,,'puan, cik, kami ni nk mkn n tdo pom xsempat sbb nk ciapkan kje puan n cik, bagi la kami mase jgn la marah2, kami pom pressure jgk, kan ada yang psiko bahana design n terukur, jgn la berebut mase kami ye cik,puan..'..tapi....xbrani la.hehe...Papepom aku tetap bersyukur, Alhamdulillah kali ni aku berpeluang merasa nikmat sume ni...........

rse nye smpai disini dulu perkongsian dari aku untuk kali ini.........
semoga berjaya buat sume pembaca..................(^_^)
assalamualaikum.....




p/s : buat junior2 yang nk tau lebih lanjut sila cari jer di studio dsb6.......and salam ramadhan buat sume........



nurkilan dari nabihah...





Monday, July 18, 2011

Bukti Cinta Allah kepada HambaNya



Ada dua cinta yang hakiki dan tak pernah luntur, iaitu cinta Allah kepada hambaNya dan cinta ibu terhadap anaknya. Namun keduanya memiliki nilai berbeda.
Cinta Allah itu adalah cinta yang tidak terbatas. Hakikat dan besarnya tidak bisa dipersamakan dengan kasih sayang siapa pun. Allah SWT berfirman, ”Rahmat (kasih sayang)-Ku meliputi segala sesuatu.” (QS Al-A’raf [7]:156).
Untuk memberikan gambaran kepada umat tentang kasih sayang Allah, Rasulullah mengibaratkan kalau kasih sayang Allah itu berjumlah seratus, maka yang sembilan puluh sembilan disimpan dan satu bagian lagi dibagi-bagi. Yang satu bagian bisa mencukupi seluruh kebutuhan makhluk. Hal ini menunjukkan betapa luasnya cinta Allah. Ada beberapa bukti nyata-dari banyak bukti-tentang besarnya cinta Allah kepada manusia.

Bukti cinta yang pertama adalah diturunkannya Alquran.
 Allah SWT, Al Khaliq tidak membiarkan kita kebingungan dalam menjalani hidup. Dia menurunkan Alquran sebagai penuntun hidup, agar kita dapat meraih bahagia di dunia dan akhirat. FirmanNya, ”Kitab ini tidak ada keraguan padanya; (merupakan) petunjuk bagi mereka yang bertakwa.” (QS Al Baqarah [2] : 2).
Dalam ayat lain difirmankan pula, ”Sebenarnya Alquran itu adalah kebenaran (yang datang) dari Tuhanmu, agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang belum datang kepada mereka orang yang memberi peringatan sebelum kamu; agar mereka mendapat petunjuk.” (QS As-Sajdah [32]: 3).
Dr Quraish Shihab mencatat ada tiga petunjuk penting yang diberikan Alquran.
Pertama, petunjuk akidah yang tersimpul dalam keimanan akan keesaan Allah dan kepercayaan akan kepastian hari pembalasan. Kedua, petunjuk mengenai ahlak yang murni dengan jalan menerangkan norma-norma keagamaan dan moral, baik yang menyangkut kehidupan pribadi maupun sosial. Ketiga, petunjuk mengenai syariat dan hukum, yaitu dengan jalan menerangkan dasar-dasar hukum dalam hubungannya dengan Allah dan sesama manusia.

*Mengutus para rasul*
Secara fitrah, setiap manusia membutuhkan teladan yang bisa dijadikan
rujukan. Untuk memenuhi kebutuhan itulah, Allah mengutus para Rasul. Dalam QS Al An’am [6] ayat 48, Allah SWT berfirman, ”Dan tidaklah Kami mengutus para rasul itu melainkan untuk memberi kabar gembira dan memberi peringatan. Barang siapa yang beriman dan mengadakan perbaikan, maka tak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.”

Inilah bukti kecintaan Allah yang kedua.
 Dia tidak membiarkan manusia berjalan “sendirian”. Dia mengaruniakan “teman terbaik” yang akan menemani manusia menuju jalan kebahagiaan, mengenalkan manusia kepada Tuhannya, sekaligus menjadi model manusia yang sesuai dengan kehendak Allah SWT.
FirmanNya, “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah” (QS Al Ahzab [33]:21).
Kita yang hidup tidak sezaman dengan Rasulullah SAW, dapat membuka
warisannya berupa hadis dan sunah. Di dalamnya terdapat penjelasan yang rinci tentang semua ajaran Allah. Ajaran yang berisi tentang petunjuk menjalin hubungan dengan Allah (*hablum minallah*) dan dengan manusia (*hablum minannas*). Di dalamnya kita juga mendapati gambaran karakter mulia Rasulullah SAW sebagai teladan paling baik.

*Diciptakannya alam semesta*
Allah SWT tidaklah menciptakan alam semesta tanpa maksud. Dia menjadikan semua yang ada di bumi dan di langit untuk memenuhi kebutuhan manusia. Difirmankan, Dia-lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu, kemudian Dia menuju langit, lalu Dia menyempurnakannya menjadi tujuh  langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu (QS Al Baqarah [2]: 29).
Seluruh potensi yang ada di dalam dan permukaan bumi dihamparkan untuk diambil manfaatnya oleh manusia. Tidak ada satu pun makhluk di alam ini yang tidak bermanfaat. Nyamuk misalnya. Walaupun menganggu, nyamuk dapat membangkitkan kreativitas manusia, obat nyamuk contohnya. Dengan adanya nyamuk, banyak orang yang tercukupi ekonominya.
Allah telah menciptakan alam dengan sangat sempurna, sehingga manusia dapat hidup di dalamnya dengan nyaman. Semuanya telah ditata dengan akurat. Perjalanan siang dan malam, rantai makanan antara makhluk hidup sampai pada lingkungan tempat ia hidup, semuanya telah diatur dengan hukumNya.

*Luasnya ampunan Allah*
Bukti keempat adalah luasnya ampunan Allah SWT. Sebanyak apa pun dosa manusia, Allah pasti akan mengampuni, asalkan ia betul-betul bertobat. Allah SWT telah berjanji dalam Alquran, ”Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertobat kepadaNya. (Jika kamu, mengerjakan yang demikian), niscaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (terus menerus) kepadamu sampai kepada waktu yang telah ditentukan dan Dia akan memberi kepada tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan (balasan) keutamaannya.” (QS Hud [11]: 3)
Tangan Allah terbuka setiap saat bagi orang yang mau bertobat. Rasulullah SAW bersabda, “Allah membentangkan tanganNya di malam hari agar orang yang berbuat keburukan di siang hari bertobat, dan membentangkan tangan-Nya di siang hari agar orang yang berbuat keburukan di malam hari bertobat. (Ini akan terus berlaku) hingga matahari terbit dari arah Barat (HR Muslim).
Dia akan mengampuni semua dosa, sekalipun dosanya sepenuh isi bumi, “Wahai manusia, sekiranya kamu datang kepada-Ku dengan membawa dosa seisi bumi kemudian kamu bertemu Aku dengan dalam kedaan tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu apa pun, niscaya Aku datang kepadamu dengan membawa ampunan seisi bumi pula,” demikian bunyi sebuah hadis qudsi yang diriwayatkan Imam Tirmidzi.

*Memberikan rezeki*
Allah adalah Al Razzaq, Dzat Maha Pemberi Rezeki. Setiap makhluk diberiNya rezeki agar mereka dapat hidup dan beribadah kepada Allah SWT. Tidak ada satu pun makhluk yang tidak diberi rezeki, termasuk manusia. FirmanNya, “Katakanlah, ‘Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendakiNya)’. Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia-lah sebaik-baik pemberi rezeki.” (QS Saba [34]: 39).
Demikian pula makhluk yang lain. ”Dan tidak ada suatu binatang melata pun di bumi melainkan Allah-lah yang memberi rezekinya, dan Dia mengetahui tempat berdiam binatang itu dan tempat penyimpanannya. Semuanya tertulis dalam kitab yang nyata (Lauhul Mahfudz).” (QS Hud [11]: 6)
Inilah tanda bukti cinta Allah yang kelima. Setiap kita telah diberi bagian rezeki. Yang perlu dilakukan adalah ikhtiar menjemput rezeki itu. Allah memberi kasih sayang-Nya yang tak terbatas agar kita bersyukur. Dan syukur yang paling utama adalah mengabdi dengan tidak menyekutukan-Nya dengan apa pun. 

setiap yang baik itu datang dari Allah dan segala yang buruk itu datang dari manusia sendiri yang sering lupa dan x pernah lari dari kesilapan...sesungguh nya kasih sayang dan sifat pengampun Allah tu tiada batasannya..sekiranya aku diberi peluang,pinjamkan aku secebis sifat pemaaf Mu ya Allah supaya aku mampu memaafkan semua orang tanpa ada sedikit dendam pom....aku ingin memiliki hati mulia semulia Rasulullah s.a.w......taqaballahu minkum.......assalamualaikum w.b.t....

only me.........(^_^)


Friday, July 15, 2011

cita-cita ku a.k.a my ambition..........



Assalamualaikum.......

bile lama x update blog,rmai yang kata da bersawang....haish...mana ad...cuci ag tau...hurm,da alang2 nk update aku update banyak sekaligus..bru xde yang bertanya...hehe..em,nk wt cne mase x mengizinkan lau nk update slalu..tajuk kali ni CITA-CITA k...

Apabila berbicara tentang cita-cita rasa nya rmai yang diantara kita yang tidak mampu menjawab apakah cita-cita sebenar dan adakah kita telah mencapai cita-cita itu...
Kerana???setiap impian terlalu banyak halangan yang mandatang....terlalu banyak juga kebetulan yang berlaku.....

Seperti manusia biase,aku juga ad cita-cita.....dan cita-cita itu tak pernah sama setiap kali perubahan berlaku dalam hidup aku....

Dari sekolah rendah lagi bila cikgu bertanya ap cita-cita kamu??aku hanya mampu menjawab ‘cikgu’ cikgu......bila umur da meningkat cket cita-cita berubah,da tukar nak jadi doktor....sebab tu aku belajar bagai nak gila,hasil usaha tu selalu la dapat A untuk subjek sains dan math....bila umur meningkat lagi,cita-cita masih lagi bertukar..berpunca dari cikgu aku..die penah menayangkan video seorang ibu bersalin tapi kena operate la,not bad la bg aku tapi gerun tetap ad....lepas tu die tayang plak video bedah mayat,Ya-ALLAH nak pitam ase....lepas 2 aku terus xbrani nk ceburi bidang kedoktoran..tapi oleh kerana masa tu aku da terlajak amek science stream,jadi aku tukar la cita-cita aku dari seorang doktor ke seorang botanist...agak menarik....aku pegang cita-cita aku tu hinggalah ke form6 sbb tu aku amek biology....dengan semangat yang ada aku teruskan usaha aku untuk mencapai cita-cita yang satu tu...mase lower6 aku berjaya pegang title no1 in f6 coz result paling tinggi kat skolah 2........berapa??biarlah rahsia...........tapi........=(

Mase cuti skolah sebelum masuk ke upper6 aku terima tawaran dari polisas untuk sambung pengajian...kos yang ditawarkan menyimpang jauh dari jalan yang aku pilih iaitu architecture.......agak menyedihkan sebab favourite subject aku adalah biology n aku tak pernah terfikir untuk meninggalkan bidang sains.....sbb 2 aku cuba memberitahu abah yang aku lagi berminat bidang sains dari bidang construction......aku masih ingat abah cakap ‘abah x ksah nk bljar ane pom,ikutla’.....tapi aku tgk air muka abah berubah masa tu......pah2 some1 gtau yang study di f6 blom tntu dapat jamin masa depan...poli pom banyak keje kne buat sbb die banyak bahagian teknikal....hurm....dalam dilema buat sementara waktu.......terpaksa membuat pilihan antara aty abah n kehendak sendiri.......puas aku berfikir,berdoa supaya ditunjukkan jalan yang terbaik untuk aku......pada hari akhir tarikh penghantaran semula borang jawapan 2,  sekali lagi aku minta pada Allah supaya diberi jalan yang terbaik untuk ku...sesungguhnya aku yakin setiap jalan yang Allah buka untuk aku itu adalah jalan yang lebih baik dari yang aku tau.....Alhamdulillah,akhirnya aku dapat buat keputusan........aku pilih untuk terima tawaran dari poli....knp???1st sbb ALLAH tunjukkan aku jalan bahawa itu adalah yang terbaik untuk aku...2nd sbb abah, bagi aku bialah aku yang berkorban untuk kebahagiaan die,untuk balas jasa nya sepanjang idop aku, aku xmampu, hanya ini lah caranye...aku cuba untuk berfikiran positif, pilihan ibubapa adalah yang terbaik untuk anaknya, dengan keredhaan ibubapa insya ALLAH aku mampu untuk berjaya......
Akhirnya aku menyambung pelajaran di polisas kuantan.....sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa dari segala sesuatu di alam ini, Dia yang Maha Penyayang,di poli aku dapat banyak sangat pengalaman dan cabaran yang menjadikan aku lebih matang dalam mengharungi kehidupan,baik dalam kehidupan pribadi mahupun pelajaran.....Alhamdulillah.....berkat doa abah n umi.......tapi....


Org kata bidang seni ni luas,termasuk senibina.......ada yang dari bidang ni jadi arkitek,ada yang jadi artist,ada yang jadi celebrity,ada yang jadi model, ada yang jadi interior designer,ada juga yang jadi landscape architect.....tapi aku???hurm.......bagi aku,aku datang cni juz nk tlg family aku,nk bahagiakan umi n abah, nak berjaya....jadi satu-satunya jalan yang aku nampak sekarang hanya untuk menjadi arkitek n nak dptkn title ‘AR’ Insya Allah......bila??bila Allah mengizinkan aku untuk capai sume tu.......sbb dalam Malaysia ni berapa orang jer orang perempuan ada title AR. 2 pom ramai orang cina....Insya Allah aku mampu bangunkan bangsa aku sendiri.......insya Allah 1 ari aku dapat title AR.NURUL AIN NABIHAH.........cdap da ase...berangan lagi......tapi sebenarnya hakikat hidup kita,kita takkan ada impian jika kita tak mampu untuk berangan...tapi berangan jangan la angan-angan matjenin plak......lau da alang-alang berangan 2, berusaha la.....sesungguhnya setiap usaha itu pasti ada kejayaan...Allah tu bukan kejam,Allah tu Maha Adil dan Penyayang.........itu la sedikit sebanyak suratan dan kebetulan yang berlaku dalam kehidupan aku....rahsia disebalik sume ni hanya ALLAH yang lebih mengetahui.......jangan sekali-kali persoalkan tentang takdir kita kerana setiap yang berlaku tu hanya Allah yang lebih mengetahui....mintalah kesejahteraan keatas semua dari Allah kerana Allah suka hambaNya yang selalu mengingati dan meminta padaNYA.......


mase kcik2 dlu kompius..tecer n cikgu 2 sme k...huhu

i nk jdik doktor org k bkn doktor sendiri....=p


botanist k not gardener.....

this my way now...to be an architect.....




Akhir sekali ingin sekali rase untuk bertanya pada pembaca,pernahkah anda mengucapkan ‘AKU SAYANG ALLAH’ sekali dalam seumur hidup???
p/s : luahkanlah perasaan pada Allah kerana hanya Allah yang mampu memahami setiap sesuatu yang terjadi....wallahualam......=)




Thursday, July 14, 2011

::: Mencari Kedamaian Hati :::





mencari sebuah ketenangan dengan melihat ciptaan Allah yang Maha Besar


terdetik rasa aty untuk berbicara tentang kedamaian hati, kerana ketenangan adalah pengubat hati yang tertekan, especially buat student cm aku ni....ketenangan hati sangat penting bagi setiap insan. Malah, ada yang mengaku tiada guna mempunyai wang banyak jika hati tidak tenang, malah ada orang sanggup mencari ketenangan walaupun sukar untuk memperolehnya.

Mereka mungkin berbeza dari segi cara untuk mencapai ketenangan hati, ketenteraman jiwa dan keheningan rohani, tetapi mereka tetap bersetuju perkara ini penting bagi setiap insan.

Keutuhan atau kemantapan emosi berkait rapat dengan keheningan rohani dan kemantapan minda.

Seseorang yang pemikirannya meyakini bahawa dirinya berasal daripada suatu ketidaksengajaan biologi berevolusi daripada beruk kepada manusia, tentu tidak sama dengan seorang yang yakin bahawa insan adalah ciptaan Tuhan yang paling baik.

Tuhan tetap berperanan dalam setiap gerak hukum apa yang berlaku di bumi dan langit. Dan, Tuhan bukan sahaja berurusan dengan manusia, tetapi setiap atom dan molekul di muka bumi, antara langit dan bumi ini serta apa yang ada di atas langit, semuanya milik mutlak Tuhan Yang Maha Esa.

Seseorang yang menjalani hidup dengan hanya melihat bahawa Tuhan ialah Tuhan dan aku ialah aku, sama sekali tidak sama dengan seseorang yang hidup di atas muka bumi ini dengan mengenal Tuhan ialah satu-satunya Tuhan, dan aku ialah hamba ciptaan-Nya.

Manusia yang menyedari bahawa sentiasa ada kudrat Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang serta yang sentiasa berkata: Wahai hamba-Ku. Mintalah kepada-Ku. Akan Ku penuhi segala permintaan kamu! Tentulah tidak sama dengan seseorang yang hanya melihat hidup ini hanya antara aku dan kemampuanku!

Seorang anak kecil akan selamat dan tenang apabila di sisi ibu dan bapanya. Bukan sekali kita melihat senario seorang kanak-kanak yang menangis kerana terpisah daripada ibu dan bapa ketika membeli-belah di pasar raya. Kenapa? Adakah kerana fizikalnya cedera? Tentu tidak, tetapi `ketenteraman' dan `ketenangan hatinya' yang tercedera.

Kita juga pernah melihat bagaimana seorang anak kecil yang menangis kerana lututnya berdarah kerana jatuh, berhenti menangis hanya kerana si ibu berkata: `Dah, jangan menangis sikit je tu! Nanti ibu sapukan ubat!'

Adakah dengan berkata demikian, sakit lukanya hilang? Tidak! Sakit luka pada lututnya masih terasa tetapi tangisannya terhenti kerana rasa sakit pada jiwa dan emosinya diubati dan hilang diganti dengan rasa tenteram.

Ini menunjukkan ketenteraman hati dan ketenangan hidup adalah satu kuasa ajaib yang diperlukan dalam hidup.

Dan, adalah satu hukum serta prinsip alam, seseorang itu akan berasa aman dan tenang apabila mengetahui yang di sana ada satu ?kuasa' yang mampu mengatasi segala kebimbangan dan rasa terancam.

Seorang yang genius sekalipun, tanpa kemantapan dan kecemerlangan emosi tidak dapat menggunakan kepintaran dan ketinggian IQ dengan betul jika jiwanya bercelaru dan tidak mantap.

Mereka yang memiliki ketenangan jiwa dapat menghadapi hidup dan masalah hidup dengan penuh ketenangan dan ketertiban.

Bukan semua orang dapat menjadi pandai tetapi semua orang boleh menjadi bijaksana. Allah, Tuhan yang menciptakan manusia malah seluruh alam ini menyatakan sebagai satu prinsip: 


"Bukankah dengan berzikir kepada Allah itu, hati akan menjadi tenang?"
 (Surah Ar-Ra'd: Ayat 28).

Berzikir mempunyai maksud luas, iaitu menyebut dan mengingati Allah, merasakan kehadiran-Nya dan berasa keagungan-Nya setiap masa dan keadaan.

Seseorang yang melihat Tuhan dengan segala kebesaran dan kekuasaan-Nya berada hampir dengan dirinya, pasti akan berasa tenteram dan aman.

Mereka yang benar-benar membina kekuatan dan nur kerohanian yang jernih, pasti tenang hidupnya dan dapat kekentalan serta keharmonian emosi.

Tuhan berfirman: 


"Dialah yang menurunkan `sakinah' ke hati orang-orang yang beriman!"
 (Surah Al Fath: Ayat 4). 


Erti sakinah ialah ketenangan yang kekal!

Jika demikian, sudah tentu di dalam apa yang diperintah-Nya itu, ada alat untuk membolehkan kita membawa dan membina ketenangan hati, seperti amalan zikrullah, solat, tafakkur, amalan doa dan wuduk.

Semoga hati kita tidak buta daripada melihat dan merasai kebesaran Allah, Tuhan seru sekalian alam.'


"Rasulullah senantiasa berwajah ceria, beliau pernah besabda, "Janganlah terlalu membebani jiwamu dengan segala kesungguhan hati. Hiburlah dirimu dengan hal-hal yang ringan dan lucu, sebab bila hati terus dipaksakan memikul beban-beban yang berat, ia akan menjadi buta"




Wassalamualaikum w.b.t

=)







Wednesday, May 18, 2011

Williams Shakespeare????



i lOike 
Williams Shakespeare


because he's the only one famous English poet that i know when i was teen
i know about him when i was 16 years old i think..
i doesn't know him well but i like his poems very much. 
the poem that i want 2 share with all of u are about...........  


Shall I compare thee to a summer's day?




Shall I compare thee to a summer's day?
Thou art more lovely and more temperate.
Rough winds do shake the darling buds of May,
And summer's lease hath all too short a date.
Sometime too hot the eye of heaven shines,
And often is his gold complexion dimmed;
And every fair from fair sometime declines,
By chance, or nature's changing course, untrimmed;
But thy eternal summer shall not fade,
Nor lose possession of that fair thou ow'st,
Nor shall death brag thou wand'rest in his shade,
When in eternal lines to Time thou grow'st.
So long as men can breathe, or eyes can see,
So long lives this, and this gives life to thee. 


that's sonnet 18 by Williams Shakespeare
i had read this poem on form4 maybe,but..
i still remember it..
why???
because i'm girl 2....
so wonder if i'm the lucky 1 that's he said...


and.....

From you have I been absent in the spring...



From you have I been absent in the spring,
When proud-pied April, dressed in all his trim,
Hath put a spirit of youth in everything,
That heavy Saturn laughed and leaped with him,
Yet nor the lays of birds, nor the sweet smell
Of different flowers in odor and in hue,
Could make me any summer's story tell,
Or from their proud lap pluck them where they grew.
Nor did I wonder at the lily's white,
Nor praise the deep vermilion in the rose;
They were but sweet, but figures of delight,
Drawn after you, you pattern of all those.
Yet seemed it winter still, and, you away,
As with your shadow I with these did play.

this is sonnet 98
i doesn't learn but i had read it....

both of poem used old English language 
hard to understand but sweet when understand it
try me.....



Wednesday, May 11, 2011

selamat hari ibu........



ari ni da msuk 3 ari aku di Kuantan
8 mei 2011 merupakan hari ibu pada tahun ini....
hari 2 jgk aku berangkat mai k Kuantan....
walau da lme berlalu, aku masih terasa sayu..
kenapa???
sbb stiap kli bke jer tv....

'ayah dan ibu,ayah dan ibu itula permulaan kami'
'umi..umi...umi...umi'
'oh ayah...oh ibu dengarlah rintihan dan luahan hatiku'
'kau dibuai mimpi die jaga'

aty anak ane yang x di pagut pilu bila saat berjauhan dari kluarga terdengar plak lagu-lagu cam 2...
miz all of tem especilly my luvly umi....

sebelum berangkat ke sini aku sempat mengucapkan 
selamat hari ibu pada umi...
aku tgk die senyum...tenang aty rse....
aku sempat cium tangan, pipi n dahi umi n abah pada hari 2...
sayu terasa bila teringat keluarga di kampung..
aty terasa bagai ditarik2 untuk pulang ke kampung...
tapi apakan daya...
aku masih ad tanggung jawab yang harus di laksanakan...


aku penah melawat rumah orang-orang tua..
setiap kali memandang mata mereka aku terasa sayu...
kenapa??
setiap orang ada rahsia dan kisahnnya tersendiri....
ada seorang nenek tua....aku panggil nek mah..
die x terlalu uzur...
masih mampu berjalan...
aku bertanya kenapa nek ada kt cni...
air matanye bercucuran menuruni pipi.....
xku duga, air mataku turut bergenang..seakan terasa hibanya...
die bercerita yang anak nya tinggalkan dia disitu selepas kematian suaminya....
anaknya seramai 10 org xde sorang pom nk menjaga nya yang da tua tu..
anak- anaknye sume da berjaya...
doktor, engineer, guru...
tapi kenapa dia dibiarkan tinggal disitu...
ini ke balasan seorang anak kepada ibu yang mengandung dan melahirkannya???
seorang ibu mampu menjaga 10 orang anak tapi kenapa 10 orang anak x mampu menjga seorang ibu..
berkat k idop kita sebagai seorang anak kalau begini layanannya pada ibu kandungnya sendiri??
Ya ALLAH...Kau jauhi aku dari berbuat sedemikian rupa kepada kedua ibu bapaku...
ingatkan aku dimana asal usulku Ya ALLAH agar aku x lupa jasa mereka...
amin....


doa buat kedua ibu bapa..


sesungguhnya besar pengorbanan seorang ibu terhadap anaknya..
bermula dari dalam perut sehingga ke menjadi manusia...
ingat la setiap jasa ibumu
sesungguhnya tiada manusia yang dapat menggantikan tempat ibu dalam idop kita

kita lahir dari rahim ibu..
kita membesar dengan susu ibu...
kita berjaya dengan didikan dan kasih sayang ibu... 
buruk atau baik sseorng ibu itu,die tetap seorang ibu...

my pemili


umi aku da separuh abad umur nye...
kini sedang meniti hari-hari tua nya..
die seorang yang tabah....ketabahan nya tu lah semangat untuk aku berjaya...insya Allah..
aku sentisa berdoa agar dipanjangkan umur mereka supaya mereka mampu merasa
hasil dari penat lelah die mendidik aku dari kecil sehingga menjadi manusia..
ajal maut, jodoh pertemuan semua di tangan Tuhan..
semoga ALLAH makbulkan doaku yang satu ini...
amin...


selamat hari ibu umi.....

selamat hari ibu umi...n buat ibu2 sedunia...
org sayang umi.....
orang nk tgk umi senang bila org berjaya nati....
insya ALLAH....


LinkWithin

(^_^)